Wednesday, March 11, 2015

SOLAT JUMAAT


  • PENGERTIAN SOLAT JUMAAT 


Solat jumaat ialah solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zuhur hari jumaat secara berjemaah.


  • DALIL NAQLI 


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Wahai orang - orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk melakukan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (kemasjid untuk mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui " 


  • SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT 
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermustautin
  6. Merdeka

  • SYARAT SAH SOLAT JUMAAT 
  1. Didirikan solat jumaat pada waktu zuhur
  2. Didahului dengan dua khutbah
  3. Didirikan di tempat yang ditetapkan
  4. Didirikan dengan berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki

  • RUKUN SOLAT JUMAAT 
  1. Niat
  2. berdiri betul bagi yang mampu
  3. takbiratul ihram
  4. membaca al-fatihah
  5. rukuk dan tama'ninah
  6. i'tidal dan tama'ninah
  7. sujud dan tama'ninah
  8. duduk antara dua sujud
  9. duduk tahiat akhir
  10. membaca tahiyat akhir
  11. membaca selawat 
  12. salam
  13. tertib

  • PERKARA SUNAT PADA HARI JUMAAT 
  1. mandi sebelum pergi ke masjid
  2. membersihkan dan memotong kuku tangan dan kaki 
  3. memakai wangi-wangian
  4. memakai pakaian berwarna putih
  5. datang awal ke masjid
  6. masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa dan niat iktikaf
  7. solat tahiyatul masjid sebelum duduk
  8. berzikir dan membaca al-quran

  • HIKMAH SOLAT JUMAAT 
  1. Dapat menghimpunkan umat islam supaya mereka dapat berkenalan.
  2. melatih taat kepada pemimpin dan berdisiplin
  3. mengingati syariat Islam yang menjadi panduan. 

3 comments: