Wednesday, March 11, 2015

VIDEO 3



MARI KITA BERDOA BERSAMA-SAMA 


VIDEO 2





MARI NYANYI BERSAMA SAYA


VIDEO 1

MARI MENYANYI BERSAMA UMMI 




SEGALANYA PERLU BERMULA DENGAN BISMILLAH DAN DISUDAHI DENGAN ALHAMDULILLAH

VIDEO








SOLAT SUNAT RAWATIB

PENGERTIAN SOLAT SUNAT RAWATIB 


  • Solat sunat rawatib ialah solat sunat yang dilakukan mengiringi solat fardhu 
  • hukum solat rawatib adalah sunat. 
Waktu-waktu solat rawatib

  1. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Subuh 
  2. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Zuhur
  3. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Zuhur
  4. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Asar
  5. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Maghrib
  6. Solat 2 rakaat sebelum solat fardhu Isyak
  7. Solat 2 rakaat selepas solat fardhu Isyak. 

HIKMAH SOLAT SUNAT RAWATIB

  • Mendapat pahala
  • dikasihi Allah dan rasul
  • untuk persediaan solat fardhu
  • menambah kesempurnaan solat

SOLAT SUNAT

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT 

  • SOLAT SUNAT TAHAJUD
  • SOLAT SUNAT HAJAT
  • SOLAT SUNAT DHUHA
  • SOLAT SUNAT GERHANA
  • SOLAT SUNAT TASBIH
  • SOLAT SUNAT TERAWIH
  • SOLAT SUNAT WITIR

KHUTBAH JUMAAT

 PENGERTIAN KHUTBAH 

Khutbah ialah syarahan yang mengandungi nasihat dan pengajaran yang dibaca sebelum solat jumaat. 


  • Khutbah jumaat dibacakan sebelum solat jumaat
  • Hukum membaca khutbah ialah wajib 

RUKUN KHUTBAH
  1. Memuji ALLAH dalam khutbah pertama dan kedua 
  2. Membaca selawat keatas nabi pada khutbah pertama dan kedua
  3. Memberi nasihat supaya bertaqwa kepada ALLAH pada khutbah pertama dan kedua
  4.  Membaca ayat al-Quran pada khutbah pertama dan kedua
  5. Berdoa untuk muslimin dan muslimat pada khutbah kedua. 
SYARAT SAH KHUTBAH 
  1. khatib hendaklah seorang lelaki
  2. rukun khutbah hendaklah dibaca dalam bahasa arab
  3. membaca dengan berdiri.
  4. khutbah disampaikan pada waktu zuhur dan sebelum solat jumaat
  5. berturut-turut dua khutbah dan solat jumaat
  6. khutbah didengari oleh jemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki

" khatib ialah seseorang yang menyampaikan khutbah" 


SUNAT KHUTBAH
  1. khatib berkhutbah di atas minbar atau tempat tinggi
  2. membaca khutbah dengan terang dan fasih
  3. memandang kepada para jemaah
  4. khatib menyampaikan khutbah secara tertib

HIKMAH KHUTBAH 
  1. dapat meningkatkan keyakinan terhadap syariat ALLAH dan Rasulullah s.a.w
  2. Dapat menambahkan ketakwaan kepada ALLAH
  3. Dapat nasihat dan pengajaran daripada isi khutbah
  4. Dapat mengetahui hal ehwal semasa
  5. Dapat mengeratkan silatul rahim

SOLAT JUMAAT


  • PENGERTIAN SOLAT JUMAAT 


Solat jumaat ialah solat 2 rakaat yang dilakukan pada waktu zuhur hari jumaat secara berjemaah.


  • DALIL NAQLI 


Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

" Wahai orang - orang yang beriman, apabila diserukan azan untuk melakukan solat pada hari jumaat, maka segeralah kamu pergi mengingati Allah (kemasjid untuk mengerjakan solat jumaat) dan tinggalkan berjual beli, yang demikian itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui " 


  • SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT 
  1. Islam
  2. Baligh
  3. Berakal
  4. Sihat
  5. Bermustautin
  6. Merdeka

  • SYARAT SAH SOLAT JUMAAT 
  1. Didirikan solat jumaat pada waktu zuhur
  2. Didahului dengan dua khutbah
  3. Didirikan di tempat yang ditetapkan
  4. Didirikan dengan berjemaah sekurang-kurangnya 40 orang lelaki

  • RUKUN SOLAT JUMAAT 
  1. Niat
  2. berdiri betul bagi yang mampu
  3. takbiratul ihram
  4. membaca al-fatihah
  5. rukuk dan tama'ninah
  6. i'tidal dan tama'ninah
  7. sujud dan tama'ninah
  8. duduk antara dua sujud
  9. duduk tahiat akhir
  10. membaca tahiyat akhir
  11. membaca selawat 
  12. salam
  13. tertib

  • PERKARA SUNAT PADA HARI JUMAAT 
  1. mandi sebelum pergi ke masjid
  2. membersihkan dan memotong kuku tangan dan kaki 
  3. memakai wangi-wangian
  4. memakai pakaian berwarna putih
  5. datang awal ke masjid
  6. masuk ke masjid dengan mendahulukan kaki kanan sambil membaca doa dan niat iktikaf
  7. solat tahiyatul masjid sebelum duduk
  8. berzikir dan membaca al-quran

  • HIKMAH SOLAT JUMAAT 
  1. Dapat menghimpunkan umat islam supaya mereka dapat berkenalan.
  2. melatih taat kepada pemimpin dan berdisiplin
  3. mengingati syariat Islam yang menjadi panduan. 

Sunday, March 1, 2015

AMALI SOLAT

1. SOLAT FARDHU

3. SOLAT SUNAT 
Antaranya ialah : 
  • SOLAT SUNAT TAUBAT
  • SOLAT SUNAT HAJAT
  • SOLAT SUNAT TAHAJUD
  • SOLAT SUNAT DUA HARI RAYA
  • SOLAT SUNAT GERHANA
  • SOLAT SUNAT TARAWIH
  • SOLAT SUNAT WITIR